Friday 25 February 2011

BIBLIOGRAFI

BIBLIOGRAFI

1)      Al-Qasimi, Muhammad Jamaluddin. Maucizah al-mu`minin min ihya` ulum al-din. t.tp : Maktabah Misr.

2)      Khazali.  Konsep Ilmu.

3)      Noraziah Sharuddin. 2002. Forum memori korporat UTM. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia 

4)      Teuku Iskandar, Dr. 1996. Kamus Dewan. Ed.3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm: 263. 

5)      Muhammad al-Ghazali. 1981. Ma’a Allah. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi. Hlm: 17.

PENUTUP

PENUTUP

Konklusinya, dakwah dan ilmu memainkan peranan yang penting dalam kehidupan umat islam umumnya. Tanpa ilmu, kita tidak mungkin dapat menyebarkan dakwah dan islam. Tambahan pula, remaja zaman sekarang amat mudah terdedah dengan pelbagai gejala sosial. Tanpa kekuatan iman dan ceteknya pengetahuan tentang islam, remaja akan mudah terjebak. Ibu bapa memainkan peranan terpenting dalam mencorak anak-anak. Anak-anak perlulah dididik dengan ilmu agama bukan hanya sekadar ilmu dunia sahaja. Bak kata pepatah ``melentur buluh biarlah dari rebungnya’’. Ilmu juga dapat membentuk akhlak manusia menjadi lebih baik. Dengan ilmu manusia dapat menjalankan ibadah dengan sempurna, samada ibadah umum atau ibadah khusus dan dapat melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi dengan sebaiknya. Ilmu agama atau ilmu yang terdapat dalam al-Quran dan Al-sunnah akan menjadi benteng yang dapat mencegah seseorang itu daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syariat. Marilah kita menuntut ilmu pengetahuan sebanyak mungkin dengan ikhlas dan tekad mengamalkan dan menyumbangkannya kepada masyarakat, agar kita semua dapat mengenyam hasil dan buahnya di akhirat nanti. Insyaallah…

HURAIAN- KEPENTINGAN ILMU

KEPENTINGAN ILMU

Imu penting untuk dituntut bagi membina kekuatan ummah Islam dan untuk mencari kemaslahatan masyarakat manusia. Membina kekuatan umat merupakan salah satu tanggungjawab para penuntut kerana merekalah bakal pemimpin di masa depan.

"Menuntut ilmu adalah fardhu bagi tiap-tiap Muslim, baik lelaki mahupun perempuan." (Ibn Abdulbari)

Islam mewajibkan agar umatnya menjadi orang yang berilmu, berpengetahuan, mempelajari hakikat alam, dapat mencari dan menganalisis segala pengalaman yang diperolehi dari umat terdahulu ,baik yang berhubungan dengan aqidah, ibadat serta hubungan dengan soal-soal keduniaan dan segala keperluan kehidupan.
Ilmu juga dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan Rasul. Ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagian hidup di dunia dan di akhirat serta memberikan kekuatan ketika dalam kesusahan.

KEHIDUPAN SETELAH BERSARA

KEHIDUPAN SETELAH BERSARA

Ustaz Abdul Majid boleh dikategorikan sebagai seorang insan yang telah berjaya. Segala usaha serta penat lelah yang dihadapinya dahulu berbaloi. Biarpun telah bersara, beliau masih meneruskan usaha menyebarkan ilmu serta dakwah. Setiap malam pada hari khamis, beliau akan mengadakan kelas fardu ain diselang-selikan dengan kelas fardu kifayah di Masjid Al-Huda Kampong Padang. Pada hari Isnin, kelas dijalankan di surau Kampong Padang dan majoriti yang hadir adalah wanita. Kelas pada hari Jumaat petang adalah di surau kampung yang terdekat iaitu Kampung  Pajak. Walaupun menghadapi sedikit masalah kesihatan,itu tidak akan menjadi penyebab untuk beliau tidak meneruskan kelas tersebut. Beliau tidak akan hadir untuk sesi pengajaran jika mengalami masalah kesihatan yang agak teruk. Kini kebanyakan masa beliau dihabiskan bersama anak serta cucu-cucunya. Di waktu lapang, beliau akan ke kebun. Minat terhadap  pertanian sudah melekat di hati sejak dari dahulu lagi apabila beliau turut membantu ibu bapanya bertani. Beliau dan isteri kini boleh berasa gembira dengan kehidupan yang dinikmati sekarang dan beliau akan terus berbakti selagi ada kudrat dan dengan adanya izin dari Allah S.W.T


















KEHIDUPAN SETELAH BERKAHWIN

KEHIDUPAN SETELAH BERKAHWIN

Sewaktu masih lagi menuntut di Khairiah Pokok Sena, Ustaz Adul Majid telah  bertemu jodoh dengan Rehanah Bt Haji Abdul Rahman  pada usia beliau 28 tahun mengikut pilihan daripada keluarga. Perkahwinan ini juga bertujuan untuk mendekatkan lagi hubungan persaudaraan. Hasil dari perkahwinan ini, beliau dan isteri dikurniakan 5 orang cahaya mata. Anak beliau yang sulong menjawat jawatan sebagai guru, begitu juga dengan anak  yang kedua dan ketiga.Anak yang keempat  adalah peguam  dan yang bongsu bertugas di syarikat swasta. Tiga daripada anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti manakala dua orang lagi adalah lepasan Institut Perguruan. Kesemua anaknya telah berkahwin dan beliau serta isteri dikurniakan 22 orang cucu. Setelah berkahwin, beliau memulakan tugas sebagai  guru agama di Sekolah Rakyat  selama 7 tahun dan kemudiannya berhijrah ke Sabah pada tahun 1973 dan menjadi guru agama di sana selama 20 tahun sehingga  bulan 5 ,1992.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
"Barang siapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barang siapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duanya pula."

Berdasarkan sabda nabi di atas, beliau sedar betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan yang berlandaskan islam. Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu dunia yang memberi manfaat dan berguna untuk kita dalam hal-hal yang berhubungan dengan kehidupan kita di dunia, agar tiap-tiap muslim tidak dikategorikan sebagai ketinggalan dan agar setiap muslim dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan yang dapat membawa kemajuan. Disamping itu,ilmu fardu ain juga penting dan wajib dituntut oleh setiap umat islam. Ilmu fardu ain boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu ilmu yang berkaitan rukun iman, yang berkaitan dengan hukum hakam, yang berkaitan dengan perkara-perkara yang diharamkan dan yang berkaitan dengan pergaulan dan muamalah seharian. Fardhu kifayah pula ialah bidang ilmu yang luas dan sering berjalan seiring dengan perkembangan zaman. Sebahagian umat Islam diwajibkan untuk mengetahuinya agar tidak memberikan kesan buruk kepada Islam yang mungkin  ketinggalan dalam bidang seperti bidang sains dan teknologi, pertanian dan sebagainya. Oleh kerana itu, Islam mewajibkan kita menuntut ilmu sama ada ilmu fardu ain mahupun fardu kifayah. Berbekalkan ilmu yang telah dipelajari, beliau berusaha sebaik mungkin menyampaikan pengetahuan yang sedia ada malahan menambahkan lagi ilmu beliau bagi mendidik dan berkongsi ilmu dengan anak-anak muridnya. Beliau dan isteri serta anak-anak pulang ke semenanjung setelah 20 tahun di negeri bawah bayu dan menetap di Kampong Padang sehingga kini. Pada tahun 2003, Ustaz Abdul Majid ditugaskan di Jabatan Agama Pulau Pinang sebagai Pegawai Penyelaras Masjid dan Surau di bawah Jabatan Perdana Menteri.


KESUKARAN YANG DIHADAPI

KESUKARAN YANG DIHADAPI

Ustaz Abdul Majid memasuki kelas Darjah 1 pada usia 10 tahun di Sekolah Kebangsaan Tawar. Beliau perlu berjalan jauh melalui Kuala Pegang sejauh tiga batu sebelum menaiki bas kerana keadaan dan kemudahan  jalan yang tidak lengkap. Beliau juga pernah melalui pengalaman yang amat menakutkan apabila harimau pernah melompat di atas kepala beliau. Namun, syukur beliau tidak mengalami apa-apa kecederaan. Beliau belajar di sekolah tersebut sehingga Darjah 5 pada tahun 1953. Ketika Darjah 6 tahun 1954, beliau bertukar ke  Sekolah Kebangsaan Kupang yang baru dibangunkan kerana jarak yang lebih dekat dengan rumah beliau berbanding jarak yang sangat jauh semasa di sekolah terdahulu. Beliau perlu berjalan kaki beberapa kilometer sebelum menaiki bas ke sekolah. Setelah tamat sekolah rendah, Ustaz Abdul Majid meneruskan pengajian di Khairiah Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang selama 10 tahun bermula dari tahun 1964. Beliau lahir dalam keluarga yang agak susah. Makanan yang diperolehi hasil daripada kegigihan ibu bapa beliau bercucuk tanam dan  juga bersawah. 

LATAR BELAKANG USTAZ ABDUL MAJID

LATAR BELAKANG  USTAZ ABDUL MAJID

Ustaz Abdul Majid dilahirkan pada tanggal 29 Mei 1937 sebelum Malaysia diisytiharkan merdeka dalam sebuah keluarga yang serba kekurangan namun ayahnya seorang yang berpegang teguh pada agama. Kehidupan yang dilalui tidaklah seperti anak remaja masa kini yang begitu mewah dengan segala-galanya hingga alpa dan leka hanya memikirkan dunia semata-mata. Beliau kini berusia 74 tahun tetapi masih lagi kelihatan sihat dan kuat walaupun menghadapi sedikit masalah kesihatan. Dari usia yang masih kecil, beliau telah diasuh bagaimana cara untuk berdikari. Oleh kerana ayahnya adalah seorang yang berfikiran jauh mengenai masa hadapan anak-anaknya, Haji Che Teh menghantar Ustaz Abdul Majid ke sekolah. Ayah beliau sedar betapa pentingnya ilmu pengetahuan dalam kehidupan.
Ilmu merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Perkembangan dan kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa itu sendiri. Justeru, Islam mengingatkan tentang hakikat ini menerusi pelbagai ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Penekanan terhadap kepentingan dan keperluan menuntut ilmu membuktikan bahawa Islam adalah satu agama yang memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang yang berilmu.

Ilmu dari segi istilah memberi erti tentang segala pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari Allah s.w.t yang diturunkan kepada rasul-rasulnya dan alam ciptaannya termasuk manusia yang memiliki aspek lahiriah dan batiniah.

Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya; ``Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan.” Berdasarkan hadis tersebut, jelas bahawa menuntut ilmu itu adalah suatu perkara yang penting dan menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam. Antara kepentingan ilmu pengetahuan ialah kedudukan serta martabat orang yang berilmu diangkat dan diletakkan ditempat yang lebih tinggi. Dengan erti kata lain, ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat.


Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mujadalah, ayat 11 ;
يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت. والله بما تعملون خبير
Maksudnya; "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan"

Selain itu, ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf di kalangan manusia. Firman Allah dalam surah al-Zumar, ayat 9 ;
قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون. انما يتذكر أولولوا الألبب
Maksudnya; “Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana"

Dengan ilmu jugalah keperibadian yang baik dapat dibentuk dan menjadikan seseorang itu bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya.
Firman Allah dalam surah al-Fathir, ayat 28 ;
انما يخشى الله من عباده العلمؤا
Maksudnya ; “Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah orang-orang yang berilmu”

Ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagian hidup di dunia dan di akhirat, memberikan kekuatan ketika dalam kesusahan dan ketika berhadapan dengan musuh.